Akaun sidracare.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
INFAQ KURMA RAMADHAN

" Dahsyatnya bersedekah di bulan Ramadhan..."


Bulan Ramadhan , merupakan bulan yang sangat dinantikan. Ianya adalah pesta ibadah , bulan perindu Tuhan, hari yang dijanjikan pelbagai kurniaan dan semestinya bulan untuk menyucikan diri zahir dan batin. Antara keistimewaan dan ibadah yang sangat di syorkan bulan Ramadhan adalah sedekah kerana ianya mempunyai pelbagai kelebihan apatah di bulan Ramadhan :


  1. Sedekah menghapuskan dosa
  2. Mendapat naungan di hari Akhirat.
  3. Memberi keberkatan harta.
  4. Dijadikan pintu khas di dalam syurga.
  5. Membebaskan siksa kubur.
  6. Memanjangkan umur.
  7. Dijadikan hati lapang dan tenang


Dan banyak lagi ganjaran dan kelebihan yang hakikatnya adalah tanda cinta dan pengorbanan menuju cinta Allah.


Tuan puan yang dirahmati Allah.


Pada Ramadhan kali ini, SidraCare & ATS Academy ingin bersama-sama mengajak anda melakukan amal jariah yang memberikan manfaat kepada insan di sekeliling kita.


IBADAH SOSIAL di bulan Ramadhan merupakan suatu peluang yang diberikan khusus pada bulan mulia ini. Bukan sahaja bakal mendapatkan ganjaran berlipat kali ganda, bahkan ianya merupakan suatu kelebihan yang Allah sendiri akan berikan kepada hamba Nya


Ramadhan ini, kami akan berikan kurma tangkai (deglet nour) kepada :

  • Asnaf & fakir miskin sebagai juadah berbuka dan sahur.
  • Madrasah , tahfiz dan sekolah pondok.
  • Masjid & surau 


Target kami pada kali ini, akan serahkan sebanyak 100 karton kurma tangkai (1 kotak 400g x 12 / karton) kepada mereka yang terpilih.



(Alhamdulillah, kurma tangkai telah kami berikan kepada Sekolah Integrasi Tahfiz al Ghazali, Bandar Saujana Putra.)


Sekiranya anda berminat untuk bersama-sama kami dalam menjayakan misi infaq ini, boleh terus memilih ruangan pembelian di bawah.


Sekian.

Terima Kasih.