Kegunaan Tradisional
Hempedu Bumi mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Penduduk Asia menggunakan herba ini untuk merawat masalah berkaitan penghadaman, pernafasan, demam, batuk dan penyakit berjangkit.
Di kalangan masyarakat Melayu, air rebusan tumbuhan ini digunakan untuk merawat demam, darah tinggi, cirit birit, luka, ulser, gigitan serangga dan menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan.
Daun Hempedu Bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat penyakit kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah dengan hanya merebus daun tersebut dan airnya diambil untuk diminum. Air rebusan yang pahit ini dipercayai mengandungi bahan kimia tumbuhan yang boleh memecahkan molekul lemak yang ada di sekeliling salur darah yang tersumbat.
Daun Hempedu Bumi ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan meletakkannya pada luka terutamanya pada luka gigitan ular dan sengatan serangga.
Hasil kajian terhadap hempedu bumi
Hasil kajian ke atas tumbuhan ini menunjukkan ianya mengandungi banyak bahan-bahan kimia dari kumpulan diterpenoids lactone dengan kadar antara 65 hingga 70 peratus contohnya angrographolide dan neoangrographolide. Bahan kimia ini mungkin penyumbang besar dalam mengawal dan merawat penyakit-penyakit yang telah dinyatakan di atas.
Terdapat kajian-kajian bukan klinikal dan klinikal telah dilakukan ke atas haiwan dan manusia dengan menggunakan serbuk dan pati (ekstrak) A. paniculata. Kajian-kajian ini telah membuktikan bahawa Hempedu Bumi boleh membantu dalam merawat penyakit malaria (antimalarial), masalah darah beku (antithrombotic), diabetis, kanser dan darah tinggi.
Tumbuhan hempedu bumi sentiasa digunakan untuk mencegah keradangan, melancarkan buang air kecil, mengurangkan haba demam, sakit perut, ubat kencing manis, dan meneutralkan toksin. Sehubungan dengan manfaat pahit untuk tahap gula darah yang lebih rendah dipercayai disebabkan oleh bahan-bahan yang boleh meneutralkan rasa manis pahit gula kerana tekanan darah tinggi .